NB: This press statement was released on 14.01.2013.

Saya berasa amat dukacita dan kecewa membaca serangan YM Tunku Aziz ke atas keturunan dan nama baik keluarga saya. Saya percaya bahawa politik sebegini tidak mempunyai tempat dalam masyarakat kita, dan saya kesal kenyataan ini datangnya daripada seorang yang berkedudukan seperti beliau.

Saya tahu siapa ayahanda saya, dan bagi saya itu sudah mencukupi. Saya berbesar hati menyatakan bahawa saya bukan sahaja telah mewarisi darahnya, malah saya harap saya telah juga mewarisi integriti, ketabahan dan prinsip-prinsipnya. Sepertimana sifat-sifat ini telah menjadi panduan kepada kerjaya politiknya yang dihormati ramai, insya-Allah ia juga akan menjadi panduan kepada saya.

Arwah ayahanda saya, Allahyarham Khir Johari, tidak pernah sesekali pun mengalah dalam perjuangannya untuk tanah air. Saya sedar bahawa mereka yang menganiayai saya ingin menghancurkan semangat saya. Namun begitu, sekiranya saya mengalah, saya bukan sahaja akan mengkhianati diri, malah mengkhianati warisan ayahanda saya.

Ini saya tidak sanggup lakukan sama sekali.

I will not betray my father’s legacy.

It is with great sadness and disappointment that I have read Tunku Aziz’s attack on my lineage and my family’s name. I believe that this sort of politics has no place in a modern Malaysia, and I feel sorry that someone of Tunku Aziz’s stature has fallen so low.

I know who my father is, and that is enough for me. I am also proud to say that not only have I inherited his blood, I hope more importantly that I have inherited his integrity, tenacity and principles. Just as these traits guided his unblemished political career, so too, God willing, will they guide mine.

My late father, Allahyarham Khir Johari, never once gave up fighting for our country. I realise that those who are attacking me seek to subvert the struggle that I am engaged in. But if I give in to these bullies, I will be doing a great disservice not only to myself, but also to the memory of my father.

This I will never do.

Zairil Khir Johari, DAP Assistant National Publicity Secretary