NB: This press statement was released on 15 July 2013 in Kuala Lumpur.

This parliamentary session, I submitted a series of questions regarding various projects that have been announced by the Minister of Education and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin in recent times.

For example, the Minister had previously announced that the Government was determined to wire up all 10,000 schools in Malaysia to ensure all students benefit from high quality internet facilities. At the same time, we were also told that Malaysian students would soon be exposed to a “virtual learning environment” (VLE), an online-based learning (e-learning) platform that provides virtual access to classes, class content, homework and other resources. This new education tool is now in use in many countries around the world, from the United Kingdom to South Korea.

At the same time, there is no point to have broadband internet and a fancy e-learning tool such as VLE without the necessary hardware to utilise them. Hence, Muhyiddin has also promised that each student would be equipped with one laptop computer each, under the “1 Student 1 Device” programme.

While I was prepared for startling figures in terms of expenditure for these various programmes, I must admit I wasn’t prepared for the fact that every single one of the above projects has been awarded to only one company – YTL Corporation Bhd and its subsidiaries.

From the various Parliamentary replies that I have received, I have found that YTL has been awarded the following projects to provide:

  1. High-speed 4G broadband under the 1BestariNet programme to all schools (RM663 million for a contract of 2.5 years);
  2. A Virtual Learning Environment (VLE) platform for teachers, students and parents (RM250.5 million for fixed-term licensing fees and RM262.8 million for management and maintenance costs); and
  3. Chromebooks under the 1 Student 1 Device programme (RM139.6 million for an initial order of 116,399 units at a cost of RM1,200 per unit).

All the above amounts to a total of RM1.32 billion. This sum is of course not the end of the story, as the bulk of the expenses involve recurring costs, such as the high-speed broadband contract as well as the VLE licensing fees and maintenance costs. As for the Chromebook laptops, if the plan is to eventually provide every student with one unit each as per the 1 Student 1 Device programme, then we are looking into a prospective final cost of RM6.6 billion for 5.5 million units.

All in, the total cost of all three projects awarded to YTL could easily rise up to RM9 billion within a span of five years. In other words, it would appear that YTL has found a lucrative oil well in the form of a monopoly over the Ministry of Education.

As a result of this revelation, serious questions now need to be answered:

  1. Was there an open competitive tender process to supply the 4G broadband infrastructure, VLE as well as Chromebooks?
  2. Since when has YTL, a leading company in utilities, construction, property development and recently an internet service provider, become an expert in education services?
  3. Besides the 4G broadband infrastructure in the 1BestariNet project, what makes YTL the best choice to provide not only the VLE software but also the Chromebook hardware when they are neither a software developer nor computer manufacturer?

The Ministry of Education must immediately answer all these questions to allay important concerns over what is set to become a very expensive project that is not only funded by the public purse but which will also affect every school-going child in the country.

Zairil Khir Johari, Member of Parliament for Bukit Bendera

Apakah rasional YTL dianugerahkan monopoli RM9 bilion oleh Kementerian Pendidikan?

Pada sesi Parlimen kali ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan mengenai pelbagai projek yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kebelakangan ini.

Sebagai contoh, Menteri sebelum ini telah mengumumkan bahawa Kerajaan bertekad untuk menyediakan sambungan internet kepada kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia untuk memastikan setiap murid mendapat manfaat daripada kemudahan internet yang berkualiti tinggi. Pada masa yang sama, kita juga dimaklumkan murid Malaysia tidak lama lagi akan didedahkan kepada “Virtual Learning Environment” (VLE) atau pelantar pembelajaran maya dan platform pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) yang menyediakan akses ke kelas maya, mata pelajaran maya, kerja sekolah dan sumber-sumber lain. Alat pendidikan baru ini kini digunakan di banyak negara di seluruh dunia, dari United Kingdom hinggalah ke Korea Selatan.

Pada masa yang sama, tidak ada gunanya mempunyai internet jalur lebar dan alat e-pembelajaran canggih seperti VLE tanpa perkakasan untuk menyokongnya. Oleh itu, Muhyiddin juga telah berjanji bahawa setiap murid akan dilengkapi dengan komputer riba masing-masing, di bawah program “1 Student 1 Device” atau 1 Murid 1 Peranti.

Walaupun saya dapat menjangkakan angka mengejutkan dari segi perbelanjaan untuk pelbagai program ini, saya harus mengakui saya terkejut apabila mendapati semua projek di atas telah dianugerahkan kepada hanya satu syarikat tunggal – YTL Corporation Bhd dan anak syarikatnya.

Daripada beberapa jawapan Parlimen yang telah saya terima, saya dapati YTL telah dianugerahkan projek-projek berikut:

  1. Pemasangan jalur lebar 4G berkelajuan tinggi di bawah program 1BestariNet ke semua sekolah (RM663 juta bagi kontrak 2.5 tahun);
  2. Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) untuk guru-guru, pelajar dan ibu bapa (RM250.5 juta untuk yuran pelesenan bagi suatu jangka masa tetap dan RM262.8 juta bagi kos pengurusan dan penyelenggaraan); dan
  3. Pembekalan komputer riba Chromebook di bawah program “1 Student 1 Device” (RM139.6 juta untuk tempahan 116,399 unit permulaan pada kos RM1,200 setiap unit).

Jumlah nilai projek-projek di atas adalah RM1.32 bilion. Jumlah ini sudah tentu bukan muktamad, kerana sebahagian besar perbelanjaan melibatkan kos berulang, seperti kontrak jalur lebar berkelajuan tinggi serta yuran pelesenan VLE dan kos penyelenggaraan. Bagi komputer riba Chromebook, jika matlamat rancangan itu untuk melengkapkan setiap murid dengan satu unit komputer riba sebagaimana dinyatakan dalam program 1 Student 1 Device, maka kos akhir bakal mencecah RM6.6 bilion bagi 5.5 juta unit.

Secara keseluruhannya, jumlah kos bagi ketiga-tiga projek yang dianugerahkan kepada YTL dengan mudah boleh meningkat sehingga RM9 bilion dalam tempoh lima tahun. Dalam erti kata lain, YTL kelihatannya telah mendapat durian runtuh dalam bentuk monopoli dalam Kementerian Pendidikan.

Susulan kepada pendedahan ini, soalan-soalan serius yang kini perlu dijawab adalah:

  1. Adakah proses tender terbuka yang berdaya saing dijalankan untuk pembekalan infrastruktur jalur lebar 4G, VLE serta Chromebook?
  2. Sejak bila YTL, sebuah syarikat terkemuka dalam bidang utiliti, pembinaan, pembangunan hartanah dan baru-baru ini pembekal perkhidmatan internet, menjadi pakar dalam perkhidmatan pendidikan?
  3. Selain infrastruktur jalur lebar 4G dalam projek 1BestariNet itu, apa yang membuatkan YTL menjadi pilihan terbaik untuk menyediakan bukan sahaja perisian VLE tetapi juga perkakasan Chromebook sedangkan syarikat ini bukan pemaju perisian atau pengeluar komputer?

Kementerian Pendidikan harus segera menjawab semua soalan-soalan ini untuk mengurangkan kebimbangan besar terhadap projek yang bukan sahaja bakal menelan belanja yang besar, tetapi juga akan memberi kesan kepada setiap kanak-kanak yang masih bersekolah di negara ini.

Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera