Sejak berita keahlian saya dalam DAP telah diumumkan oleh media massa selepas ucapan perbahasan saya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas tempoh hari, soalan yang paling kerap diajukan kepada saya adalah: kenapa DAP?
Pada saya jawapannya amat mudah. Secara ikhtisar, saya telah memilih untuk menjulang perjuangan rakyat dalam kancah politik negara kita melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai satu kesinambungan pewarisan dan jasa arwah ayahanda saya kepada negara tercinta. Ada yang mungkin mengatakan bahawa tindakan sedemikian adalah satu percanggahan, sedangkan ayah saya dahulu bukan sekadar ahli biasa UMNO, malah seorang pengasas parti itu sejak tahun 1946 dan merupakan seorang pemimpin kanan yang pernah memegang jawatan Naib Presiden dan Setiausaha Agung. Malah, ada yang sudahpun mengecam perwatakan saya sebagai seorang pengkhianat bangsa atau ‘Melayu lupa diri’, kononnya saya ini ibarat kacang yang telah melupakan kulit dengan tindakan membelakangi sebuah parti yang sudah kian lama dianggap sebagai pembela bangsa.
Saya memang akur bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang masyhur dan bersejarah, dan atas usaha dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulunya telahpun berjaya meraih kemerdekaan tanah air kita daripada penjajah British. Namun sejak kebelakangan ini, niat asal penubuhannya, atau raison d’être, untuk membebaskan negara dan memartabatkan bangsa sudahpun ternoda.
Tidak perlu saya mengulangi hujah-hujah saya tempoh hari tentang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah rakyat yang kini sudah menjadi amalan harian sebuah kerajaan yang rakus kuasa. Akan tetapi, saya ingin menarik perhatian kepada hakikat bahawa dua orang bekas Perdana Menteri, iaitu Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn, telahpun mempertikaikan UMNO sewaktu krisis dalaman yang telah memecah-belahkan parti tersebut lebih kurang 20 tahun dahulu. Jelas sekali bahawa kedua-dua tokoh itu tidak sanggup lagi melihat kehancuran dan keranapan jiwa sebuah parti yang sepatutnya menjadi tunjang pembangunan negara. UMNO yang dahulu sudahpun lesap, yang tinggal hanyalah jasad kosong yang kini diperalatkan untuk kepentingan peribadi golongan pemerintah.
Maka dengan kesedaran ini, terpaksalah seorang anak muda yang menghajatkan kemajuan bangsa dan negara mencari ikhtiar yang sesuai dengan aspirasinya. Hatta dalam penjelajahan batin, tersualah saya dengan satu semarak yang kian tampak. Merenung ke dalamnya saya menyedari bahawa semangat perjuangan ayah saya serta rakan-rakan seperjuangannya masih lagi membara, walaupun jasad yang didiaminya sudah bertukar. Sungguhpun begitu, dasar perjuangan tetap sama: iaitu untuk membebaskan rakyat daripada penindasan dan kepincangan sebuah kerajaan yang zalim. Cuma kini, seruan perjuangan telah disahut dan didukung dengan teguhnya oleh parti DAP bersama dengan parti-parti komponen lain dalam gagasan Pakatan Rakyat.
Jika dahulu satu politik baru telah berjaya dicetuskan melalui usahasama UMNO, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan, pada hari ini saya percaya kita boleh memperbaharui dinamik politik negara kita melalui penggemblengan kesemua kelompok rakyat Malaysia dengan tidak mengira kaum atau agama, demi menerbitkan budaya politik masa depan yang berlandaskan persaudaraan rakyat dan bukan sekadar toleransi antara kaum. Inilah antara sebab-sebab utama yang telah menarik hati saya kepada perjuangan parti DAP.
Saya juga tertarik dengan keikhlasan kepimpinan parti untuk mengembalikan sistem urus tadbir negara kita kepada satu sistem yang berlandaskan ketelusan, amanah dan yang menjunjung rakyat. Komitmen ini jelas termakbul dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng. Iltizamnya tidak goyah dan sungguh mengkagumkan meskipun diserang dengan gegak gempita pada setiap masa oleh jentera Barisan Nasional yang bersifat perkauman.
Dalam keadaan negara yang makin pincang dan ketandusan modal yang bernas, adalah jelas bahawa kepimpinan kerajaan pusat sudah tidak lagi mengenali dan memahami nadi rakyat. Setiap tahun makin ramai warga Malaysia yang meninggalkan tanah air untuk mencari rezeki dan kehidupan baru di negara lain. Antara sebab utama yang memangkin penghijrahaan mereka adalah kehilangan kepercayaan kepada kemampuan kerajaan untuk menyediakan kestabilan dan kemantapan yang dikehendaki, bukan sekadar dalam penyediaan peluang pekerjaan tetapi juga dalam institusi-institusi negara yang makin dicurigai kebebasannya. Masalah ini akan menjadi parah apabila negara kita kehausan bakat muda dalam pelbagai-bagai bidang. Di sini saya melihat bahawa satu kelebihan parti DAP dan juga parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah keupayaannya untuk menarik minat golongan cediakawan muda kepada arus perjuangan politik. Ini amat penting kerana masa depan negara bergantung terus kepada kebijakan generasi muda.
Dalam pada itu, saya melihat kewujudan pemimpin-pemimpin muda yang menampilkan kecerdikan dan kesungguhan yang cukup subur dan cekap, bukan sahaja dalam DAP malah juga dalam parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, sebagai satu tanda yang sihat untuk masa depan negara. Dengan itu saya tidak gentar, malah berbangga sekali, untuk menyertai barisan yang amat cekal ini.
Selain daripada yang sudah dicatat, saya juga tertarik kepada pendirian parti DAP yang tegap dan kukuh mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Artikel 152 dan 153, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dalam ucapan penggulungannya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat tempoh hari. Komitmen terhadap pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan ini adalah satu dasar yang amat penting sekali, kerana ia membuktikan keikhlasan parti dalam usaha menegakkan lambang-lambang utama negara seperti status Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan juga hak agama-agama lain untuk diamalkan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, dan juga pengunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Lunas sekali bahawa parti DAP adalah sebuah parti yang berteraskan prinsip-prinsip kenegaraan yang sewajarnya.
Kini kita berada di ambang perubahan. Rakyat mencari-carikan budaya politik yang baru. Budaya politik yang tidak menindas tetapi menjunjung rakyat. Budaya politik yang tidak berunsurkan isu-isu sempit seperti perkauman tetapi berlandaskan keperluan jati rakyat sejagat. Saya percaya bahawa parti DAP mampu dan akan terus mara dalam perjuangan untuk merubah kemelut yang sedia ada demi membina satu wawasan Malaysia yang adil dan saksama.
Dan itulah dasar kenapa saya memilih roket.
18 comments
Comments feed for this article
5 January, 2011 at 2:27 am
Kenapa Saya Memilih Roket « Lim Kit Siang
[…] by Zairil Khir Johari […]
5 January, 2011 at 9:53 am
petestop
Glad that you can see through the lies perpetuated by the MSM
that DAP is chauvinist and whatsnot, when the opposite is true.
Just read Utusan today on calls to defend Selangor from being
a Chinese state outside China. It is racially so offensive, it is
amazing that they can get away with it.
After 50+ years Merdeka, we Malaysia still divided on racial lines
and race and religion is used by those in powers to continue to
divide-n-rule, so that they can syphon out the riches of this
country. We should know exactly who is the traitor in this country.
5 January, 2011 at 9:36 pm
Eric
Syabas Zairil, you made the right call! I am convinced another UMNO founder, the much-regretted Dato’ Onn Jaffar, would have done the same if he were still among us today.
We all look forward to your successes in DAP.
6 January, 2011 at 4:42 am
L_J
Sdr Zairil,
Suatu pertahanan atas dan apologia tentang sebab2 anda memilih DAP yang sungguh meyakinkan. Pihak DAP sepatutnya begitu bangga menerima penghormatan dan ufti yang memuji-muji ini. Cukup nyata dan ketara bahawa apa yang dikatakan oleh anda menimbul dari hati dan batin anda. Oleh yang demikian, apa yang dituliskan menarik kebolehpercayaan atau kredibiliti.
Sudah tentu arwah ayahanda Zairil pasti menjadi berbangga. Bersentuh ingatan arwah Tan Sri, sukacita saya memaklumkan bahawa mendiang bapa saya (jika beliau masih hidup akan berumur 80, tahun ini) dulu adalah seorang sahabat Tan Sri dan seorang pak cik anda. Mediang sungguh menghormati Tan Sri dan saya memang pasti mendiang juga pasti menjadi berbangga atas keputusan anda menyertai DAP.
Masa depan Malaysia, seperti mana yang dicatatkan oleh anda, tergantung kepada anak2 muda dan saya mengira anda dalam kumpulan itu. Akan tetapi, pada pendapat saya, tindakan2 anak2 muda Melayu dalam pertempuran membasmikan rasuah, kezaliman dan keangkuhan pentadbiran yang sedia ada jauh lebih mustahak dan utama dalam usaha ini. Kalau dahulunya kezaliman ini ditujukan kearah orang bukan Melayu, sekarang (kerana pengecilan sumber2, khususnya kerana amalan membazirkan dan rasuah) kepanasan sedang dirasai sepenuhnya oleh orang2 Melayu (khususnya orang Melayu yang tidak bersuhabatan kronisme). Hatta pemberontakan daripada bumi Melayu.
Tiada sedikit keraguan pun Zairil akan menyumbangkan segala daya upaya kepada perjuangan meluahkan regim yang wujud sekarang dan menukarkannya dengan suatu pemerintah yang jujur, ikhlas, telus dan, yang terutama, menghormati kedaulatan undang2.
Salam,
LJ
10 January, 2011 at 2:44 pm
Zairil
Terima kasih. Saya amat menghargai sokongan saudara.
Demi perjuangan!
6 January, 2011 at 12:51 pm
Puan Ainon Mohd.
Penguasaan Bahasa Melayu Tinggi tuan adalah luar biasa kerana tuan adalah anggota kelas atasan Melayu yang lazimnya tidak menguasai Bahasa Melayu….
8 January, 2011 at 5:35 am
Thong
Remember meeting your dad many years back. What a jolly chap! We were having a staff makan in one of the eateries (called Mas Mesra, if I am not mistaken), situated opposite the now Straits Quay. He was with the Thomas Cup team. We told him we were from XXXX Foods Bhd and he quick wittedly replied that they also had a food and he pointed out to Moo Foot Lian.
10 January, 2011 at 2:39 pm
Zairil
He was ever the humourist, and I think he would have liked to be remembered this way.
9 January, 2011 at 7:26 am
muallap_IC
what’s the big deal…. u’re not even malay in the first place. Only the lowest of the shitpiles would abuse a dead MALAY icon’s name to gain political mileage to hit the headlines. you are seriously pathetic.
9 January, 2011 at 11:43 pm
L_J
Sdr Muallap_IC,
Anda tidak boleh ambil takrifan soal siapakah seorang Melayu secara sewenang-wenang. Kamu tidak boleh menyokong, berharap dan bergantung kepada definasi perlembagaan – yakni Bahasa Melayu, budaya Melayu dan Islam – bila keadaan bersesuaian pada kamu dan menuntut bahawa semuanya Melayu. Akan tetapi, pada masa yang sama berpatah balik, bila keadaan telah berubah, ungkap pandangan kononya takrifan soal siapakah seorang Melayu tergantung kepada kesukubangsaan atau keethnikan. Kamu boleh memilih yang mana satu antara dua , tetapi kamu tidak boleh mengambil kedua2 takrifan itu dan gunakannya sesuka hati.
Jikalau kamu memilih takrifan keethnikan, sepertimana yang kamu membuat bila melemparkan penghinaan atas Sdr Zairil, ingat dulu bahawa akibatnya ialah menyingkiran ramai orang2 berketurunan India atau mamak, termasuk Tun Mahathir, dari barisan UMNO. Pada waktu it, kamu akan memahami mereka memegang jawatan2 yang begitu penting dalam UMNO dan juga kerajaan.
Salam,
LJ
10 January, 2011 at 1:04 pm
L_J
Sdr Muallap_IC,
Susulan dan fikiran selepas perkara takrifan Melayu dalam Perlembagaan dan minat kamu untuk mempertikaikan definasi itu untuk kepentingan kendiri dengan menyamakan definasi itu dengan keethnikan, kamu dengan tidak disedari menimbulkan isu sama ada seorang yang berethnik Melayu (seperti yang betul2 difahamkan) boleh dikeluarkan daripada kumpulan yang dipanggil Melayu jikalau seseorang itu keluar agama Islam. Di Singapura, Indonesia & Filipina memang ini mustahil. Tetapi di tanah air ku (& mu), memang ini suata kemungkinan dari segi undang2, meski pun, pada pendapat saya, ia bercanggah hakikat bioloji.
Salam,
LJ
12 January, 2011 at 8:20 am
L_J
Saudara Zairil,
Cabaran “Just A Malay” mengingatkan saya tentang kekecohan tempat kelahiran Barack Hussein Obama. Walaupun Gabernor Hawaii (seorang ahli parti pembangkang) mengesahkan, dan mengeluarkan sijil lahir format pendek, bahawa Presiden Obama memang dilahirkan di Hawaii dan hatta di USA, ramai rasis “Tea Party” di USA tidak mahu terima bahawa Obama dilahirkan di sana.
Serupa juga tomahan2 pembahas “Just A Malay”. Jika ditunjukan bukti keturunan saudara, manusia seperti beliau akan melempar suatu lagi cabaran dan tomahan dan ini tidak akan kesudahan. Ingat kembali dakwaan pembahas “Muallap_IC”, kononnya saudara bukan seorang Melayu, malah tidak seorang pun yang menafikan bahawa saudara sesungguhnya adalah, mengikut perlembagaan, seorang Melayu, tidak kira kethnikan saudara.
Jadi nasihat saya kepada saudara ialah untuk membiarkan cabaran sinis dan mengejek “Just A Malay” ini.
Salam,
LJ
12 January, 2011 at 1:45 pm
Zairil
I think to start questioning my family background in a public space is perhaps going a bit too far, as it involves other people, some of whom have departed.
Just like the American President (but I do not claim to be anywhere near as great), I too have an official birth certificate that proves who I am and who my parents are. However, I do not see the need to discuss family issues in public, or with anyone else who is not my family.
I hope that can, at the very least, be respected.
12 January, 2011 at 2:32 pm
L_J
Brader Muallap_IC,
Tolong maafkan saya, tetapi saya tidak faham sama sekali erti dan makna “Kandos or koko jelly first. At least their chocs r in 711”.
Untuk saya, apa yang membimbangkan ialah kenyataan kamu, yakni, “Zairil doesn’t have a drop of Malay blood in him”. Apakah kena mengena “darah” (iaitu keethnikan) dalam soalan sama ada atau tidak seseorang itu Melayu? Seperti mana yang saya telah pun jelaskan (dan saya tidak akan membuatnya sekali lagi, maklumlah saya dah letih!), dalam Perlembagaan kita definasi “Melayu” tidak sekali pun merujuk kepada (dan tidak berkait dengan) “darah” atau kesukubangsaan dalam penentuan siapa itu Melayu.
Jadi jikalau saudara Zairul bukan Melayu, sememangnya ayahanda mu, Tun Mahathir (dan ramai rakan2nya dalam UMNO pun) bukan Melayu!
Tolong fahamlah brader!
Berkenaan Barack Hussein Obama, contoh saya tentang apa yang terjadi padanya dalam kontrovesi tempat kelahirannya, bukan untuk meningkatkan saudara Zairil sama taraf dengan Obama tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa tohmahan, dakwaan dan fitnah yang dilemparkan oleh JAM sama rata dengan dilemma Obama.
Berkenaan pemotongan mesej JAM, saudara Zairil telahpun menjelaskan keadaan sebanarnya dan saya sudi menghormatinya. Walau pun saya berpendapat penapisan (censorship) dalam internet seharusnya dibuat hanya dalam situasi luar biasa.
Salam,
LJ
31 January, 2011 at 2:29 am
tam
Kalau bapak u masih ada aku rasa dah tentu la dia kecewa dengan tindakkan u yang bangang lagi bongong nih,sory ar kami anak2 muda tak reti ar nak berbahasa berbelit macam korang semua kat sini,walhal bahasa seharian korang pun aku ingat takda yg guna seperti yang korang tulis di sini,
inilah manusia yang dikatakan hipokrit lagi berpura,dari bahasa santun tu pun kami boleh menilai arr dari kelompok mana korang ni berada,walhal dalam bahasa seharian banyak korang bercakap bahasa inggeris..
Tentang ko punya pandangan pasal guang eng,aku percayai ko buat stgment ni atas kepentingan tertentu,takyah ko nak tunjuk kagum dengan si guan eng tu bai sedangkan penduduk melayu pulau pinang kini terhimpit,tunggu ja pilihanraya nanti,aku percaya ko dengan kerabat ko yang kagum sangat dengan si ROKET komunis ni akan tenggelam sama la…kagum kononnn…
memerintah baru setahun jagung ko dah rasa kagum dengan dia? hairanya aku,walhal pemimpin yang berjasa puluhan tahun ko tak kagum pun hu hu,tentu ada sesuatu la ko ni..tetiba ja rasa kagum pada anak komunis..pelik dan hairan bin ajaib betul dengan stgment ko nih.. aku rasa ada babi disebalik mee ni,jangan2 ko dah memang sedia untuk makan babi…
hanya melayu anak haram ja akan sokong ROKET komunis tu..
24 February, 2011 at 6:27 pm
sanmalay
tam! wa caya sama lu!! Zairil kau buat malu melayu..
from the star:
“Politics has always been my passion.
”I share the views of many young people that Malaysia is going in the wrong way.
“I want to do something about it.
Atas kepentingan tertentu itu sudah pasti.
24 February, 2011 at 7:01 pm
tam
kerajaan siap bagi penghargaan kat bapak ko,bukan tu ja sekolah kat sungai petani pun ada nama khir johari dan tempat lain lg… tapi ko sebagai anak khir jadi macam kambing punya pandai..
tetiba ja rasa kagum dengan penindas bangsa sendiri..apa la ko ni,cermin mata tu punya tebal,tapi ko masih sesat dalam cahaya,buta dalam celik,mati dalam hidup…
tak kisah la ko nak pilih parti mana ko punya pasal (dah kemaruk sangat)..tapi bab yang ko kagum tu yang hiba sangat tu..tetiba rasa kagum dengan roket hu hu, ni bai jangan tgok surat dari pejabat ketua menteri tu ja,turun kebawah tgok rakyat p.pinang la weh baru boleh kata kagum atau kepala hotak pa pun…
orang tak pandang tinggi kalau meninggi diri dan bukan orang akan pandang rendah kalau merendah diri…
2 February, 2013 at 6:31 am
G-Muhajirin (@pujiawang)
asam garam perjuangan pasti dihujani tohmahan, rintangan dan cubaan….terus cekal dan ikhlaskan niat murni seorang pembela, pendokong dan pejuang untuk Malaysia